Ada dua kaedah untuk memasang Astro pada dua TV dengan Channel yang Sama. Dengar pun channel yang SAMA jadi takdelah gempak sangat kan. Apa pun sekadar berkongsi idea. Dua kaedah itu adalah secara WIRED (dengan cable Sambungan ke piring ASTRO ) dan secara WIRELESS (secara Transmitter dan Receiver).

Kaedah 1: Wired (Revised)

Kaedah WIRED ini adalah kaedah yang paling murah tetapi hasil yang kurang memuaskan dan juga menyusahkan. Konsepnya, anda menggunakan cable sambungan ke piring ASTRO. Cable ini di ukur mengikut panjang jarak antara TV ke 2 dan Dekoder ASTRO. Jadi bermaksud anda ada kabel yang disambung sari piring ASTRO ke Dekoder dan dari dekoder ke TV ke 2. Maaf gambar tiada kerana saya belum cuba. Nanti sambungan kabel tersebut pada TV ke 2 pula, hujung wayar tersebut sisambung ke connector seperti Aerial Analog biasa. Untuk mencari Channel Astro anda haruslah Tuning TV ke 2 anda seperti anda ingin mencari TV biasa.

Kelemahan kaedah ini, jika jarak TV pertama dan kedua sangat jauh, anda memerlukan wayar cableyang sangat panjang maka kualiti gambar pada TV Kedua akan menurun kerana gangguan ‘noise’ semasa penghantaran signal. Jika anda berada di TV kedua anda terpaksa pergi ke decoder yang terletak pada TV pertama (Main TV) untuk menukar channel.

Kaedah 2: Wireless

Update: Sila lihat Artikel Hasil Pemasangan Astro 2 TV menggunakan Wireless AV

Kaedah ini agak berkos tinggi kerana anda perlu membeli Wireless AV Transmitter Receiver. Harga alat ini dalam jangkaan RM200 hingga RM400. Alat ini mengandungi 2 bahagian iaitu satu bertindak sebagai Transmitter dan satu lagi  bertindak sebagai Receiver.

Bahagian Transmitter akan disambungkan kepada Decoder yang berdekatan dengan TV Utama. Anda masih memerlukan AV splitter untuk membuat sambungan antara TV Utama kepada Decoder dan Decoder kepada Transmitter. Gambar di bawah menunjukkan Wireless AV Transmitter dan Receiver dengan jarak signal 100m, 2.4 GHz ISM frequency band. Anggaran Harga RM220

Wireless AV Transmitter Receiver

Bahagian Receiver akan disambungkan kepada TV kedua. Receiver akan menerima isyarat video dan audio dari Transmitter secara wireless. Pada TV kedua, cable AV diperlukan untuk membuat sambungan antara TV kedua dan Receiver.

Kelebihan kaedah ini adalah ianya tanpa wayar,  rumah tampak lebih kemas dari segala wayar wayar yang akan hanya menyerabutkan rumah anda. Kualiti gambar lebih stabil dan memuaskan, anda boleh menukar channel dari Tv kedua tanpa menghampiri decoder kerana  isyarat boleh di hantar secara wireless dengan syarat anda memerlukan dua Remote Control. Gambar di bawah adalah Y splitter dan Cable AV (Red, Yellow, White). Ia diperlukan ketika pemasangan wireless AV ini. Sila rujuk Update tentang hasil pemasangan Wireless AV ini di Link berikut.

RCA Audio / Video Splitter Adapter (Y-Splitter) (RCA Male to 2 RCA Female)

Cable AV

Update: Sila lihat Artikel Hasil Pemasangan Astro 2 TV menggunakan Wireless AV

移动设备快速阅读本文:Jom pasang Astro satu Decoder, dua TV tapi Channel Sama
            请扫描二维码  -->

Incoming search terms: