Hasil pemasangan Astro 2 TV menggunakan Wireless AV

Hari ni aku nak tunjukkan hasil pemasangan Astro untuk dua TV dengan Channel yang sama menggunakan Wireless AV Transmitter Receiver. Beberapa minggu lepas mak aku beli lah TV LCD 32′ Panasonic model Vierra ni. Sebab line Astro dah ada tapi dekat TV yang di tingkat atas rumah, jadi oleh sebab  penghuni rumah aku ni memang jarang ke tingkat atas cuma ayah aku je yang tengok TV dekat atas sebelah malam so terfikirlah idea untuk kongsi line astro di TV tingkat atas dengan TV di ruang tamu bawah rumah ni. Google punya google terjumpa forum yang membincangkan tentang Wireless AV Transmitter Receiver ni. Bila dah survey harga dalam RM 180 to RM 400 lah harga dia, yang RM 400 tu mungkin buatan daripada Jepun dan agak bermutu siket kualiti dia.

UNtuk pembelian dari saya, boleh whatsapp/sms ke 0142871121.

PM My FB: 

http://www.facebook.com/atozcomputersolutionssegamat

http://www.facebook.com/royrohaiza

Harga RM190 .

Ni lah RUPA Wireless AV Transmitter DAN Receiver

Wireless AV Transmitter Receiver

Ok selain itu untuk pasang Astro ke dua TV korang perlukan 3 biji Y splitter atau nama saintifiknya RCA Audio / Video Splitter Adapter (Y-Splitter) (RCA Male to 2 RCA Female), Apa itu Y splitter? lihat sahaja gambar di bawah ni.

RCA Audio / Video Splitter Adapter (Y-Splitter) (RCA Male to 2 RCA Female)

Y splitter ni korang connect dekat belakang dekoder astro pada bahagian AV jack (Yellow, Red White) jack tu. So nanti setiap satu jack akan keluarkan dua output . Bila ada 2 lubang ni maksudnya korang boleh connect AV cable pada Tv pertama pada lubang pertama dan AV cable untuk Wireless AV Transmitter pada lubang yang lagi satu. Ini untuk sambungan TV pertama yang sememangnya di pasang Astro Dekoder. Untuk lebih jelas lagi sila tengok gambar di bawah ni.

    • Label 1 : Wireless AV Transmitter
    • Label 3 : Sambungan Ke Suis untuk bekalan kuasa ke Transmitter
    • Label 4 : Sambungan Cable AV dari dekoder Astro ke Transmitter
    • Label 7 : Y Splitter ( 3 Biji )
    • Label Sambungan ke TV Pertama : Sambungkan AV Cable yang lain dari Astro Dekoder ke TV pertama.

Wireless AV  Transmitter

Kalau korang guna AV Splitter macam gambar di bawah ni korang tak boleh tengok Astro di dua TV pada masa yang sama sebabnya korang kena select salah satu input je, misalannya input 1 ke DVD input 2 ke TV yang pertama, input 3 ke TV yg ke dua. So bila korang select input 2 input 1 dan 3 tak boleh guna. Av Splitter ni sesuai untuk sambungan ke DVD dah Hi-Fi Theater system yang mana korang guna tapi bukan secara serentak.

AV Splitter

 

Untuk sambungan pada TV kedua pula, korang cuma perlu sambung AV cable ( Yellow, White, Red) ke Wireless AV Receiver. Mudah sahaja bukan?

  • Label : Sambungan ke TV kedua: Cuma sambungkan Cable AV dari Receiver ke AV connector pada TV kedua.
  • Label 2 : Wireless AV Receiver
  • Label 3 : Bekalan kuasa untuk Wireless AV Receiver.
  • Label 4 : Cable AV sambungan dari Receiver ke TV AV connector

Wireless AV Receiver

Hasil pemasangan tadi pada TV kedua ditunjukkan pada gambar di bawah, mengikut pandangan saya, hasilnya memang memuaskan, gambarnya cukup jelas walaupun kualitinya kurang sedikit dari TV pertama. Tapi tetap jelas tanpa sebarang gangguan. Untuk Transmitter juga dibekalkan IR Re-transmitter cable, gunanya untuk membolehkan korang menukar channel Astro dari TV kedua walaupun Dekoder Astro terdapat di Tv pertama dan mungkin di tingkat rumah yang lain atau pun bilik lain. Maknanya korang cuma perlu beli satu lagi Remote Control Astro ( RM 13) di kedai Tv berhampiran. Cuma lekatkan IR Re-Trasmitter itu tadi berhampiran dengan Astro punya IR Receiver di bahagian hadapan dekoder.

Inilah gambar di TV kedua, oleh kerana kualiti camera handphone saya tak berapa bagus, mungkin anda tak dapat gambaran yang jelas tapi walau apa pun akan du Update di kemudian hari. Untuk hasil di Tv pertama memang gambarnya  secantik asal, tiada gangguan walau pun anda berkongsi pada Tv yang lain.

TV kedua kongsi Astro

Untuk pengetahuan anda kedua Tv saya yang berkongsi channel Astro ini berjenama Panasonic maka, bila saya mengawal Tv kedua menggunakan Remote Control untuk TV, TV pertama saya juga akan menerima signal Remote Control TV kedua saya, misalnya saya ingin menutup TV kedua menggunakan remote control, Tv pertama saya juga akan tertutup, oleh itu untuk mengelakkan ini terjadi anda perlulah kontrol Tv kedua anda menggunakan butang butang yang ada di TV dan jangan sesekali gunakan remote untuk tidak mengganggu orang yang sedang menonton di TV pertama.  Sama juga jika anda menukar channel Astro atau menguatkan Volume Astro dari Tv kedua, TV pertama juga kan terikut menukar channel dan volume dengan sendiri.

 

UPDATE: Gambar pemasangan Untuk TV Kedua (Image low due to handphone camera quality)

Hasil pemasangan astro dua TV

移动设备快速阅读本文:Hasil pemasangan Astro 2 TV menggunakan Wireless AV
            请扫描二维码  -->

Incoming search terms:

cybertroy

IT Enthusiasist, Blogger, Electronic Geek

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookLinkedInPinterestGoogle Plus