Konsep dalam membypass internet website yang ditapis ataupun di banned oleh administrator yang mengawal penggunaan internet di tempat atau organisasi anda adalah contohnya anda adalah pelajar di Universiti A yang mana Servis Internet di Universiti A telah pun menapis beberapa website yang kerap pelajar lawati contohnya Facebook, Friendster, Youtube, laman laman pornografi dan sebagainya. Jadi ini bermakna sebarang pautan dari Server Internet di Universiti A ke laman server yang telah ditapis(filtering) seperti facebook akan terhalang.

Jadi konsep bypass ini adalah membenarkan sesuatu website yang telah ditapis atau di banned untuk diakses melalui wakil server lain (website proxy) atau juga software proxy yang boleh membawa pautan ke Facebook untuk anda lawati melalui Web Server mereka. Contohnya anda yang sedang berada di Universiti A, akan mengakses ke mana mana satu website Proxy (wakil anda) seperti yang telah di senaraikan di bawah. Website Proxy tersebut akan membenarkan anda mengakses ke laman yang di banned di Universiti A dengan meminta anda memasukkan URl laman tersebut. Seterusnya, anda hanya perlu mengikut arahan dan laman tersebut akan membuka laman URL yang anda masukkan tadi melalui server mereka. Server di Universiti A tidak sedikit memberi pautan anda ke laman yang telah di block itu, sebaliknya dari Server Universiti A di paut ke laman Proxy tadi. Seterusnya anda boleh mengakses laman yang di block melalui pautan server Universiiti A ke Laman Proxy dan dari laman proxy ke laman yang di block. Pastikan laman proxy yang di pilih ini juga tidak di black list di dalam server Universiti A.

Terdapat ribuan laman web yang menawarkan khidmat proxy server begitu juga dalam bentuk software proxy. Oleh kerana itu, sesetengah laman proxy ini juga turut di black list di sesetengah organisasi bagi menghindarkan penggunanya mengakses laman web yang telah di black list oleh mereka. Tetapi kewujudan laman laman proxy baru yang masih belum di black list masih dapat membantu anda melepasi censorship tersebut. Bagaimanapun, pihak yang terbabit dalam memantau pautan masuk dan keluar laman web di organisasi anda akan tetap memerhati dan mengambil tindakan untuk memblack list laman laman proxy baru yang wujud jika anda pernah menggunakannya. Di bawah ini adalah beberapa list laman web yang menyediakan khidmat proxy dan bypass. Sila klik link untuk download List tersebut. Jika anda tidak dapat mengakses ke sesetengah laman web ini bermakna laman web tersebut telah di black list di dalam server organisasi anda ataupun kemungkinan perkhidamatan jaringan utama internet di Negara ini yang telah menyenarai hitamkan web proxy tersebut.

Download senarai laman web proxy. Download

Untuk member gambaran lebih jelas dibawah ini saya tunjukkan satu contoh bagaiman Web Proxy ini berfungsi. Harapnya website ini tidak diblack list juga kerana telah memberikan informasi ini.

Laman Web Proxy yang digunakan adalah: https://stupidcensorship.com

Antara Muka laman tersebut adalah;

bypass2

Anda cuma masukkan web url yang ingin di buka. Kemudian klik pada Go.

bypass1

Gambar di atas menunjukkan laman web facebook telah berjaya di buka di dalam laman web proxy tersebut.

移动设备快速阅读本文:Cara nak mengakses Website yang di sekat melalui Web proxy
            请扫描二维码  -->

Incoming search terms: